HATI ASAS PERGAULAN
Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari
pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang
menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang
kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta
mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.
Firman
Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:
“Sesunguhnya
orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati
mereka.”
Iman
menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan
akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan
keikhlasan dalam pergaulan.
Hati
membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh
lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat
difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan
melalui percakapan.
Sekiranya
hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia.
Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan.
Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik
disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi
melindung diri dari penipuan.
Begitulah
peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering
kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang
akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau
buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan
setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah
sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:
‘Kasihilah
olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’
Baik Buruk Peranan Hati
Hati
merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. la
memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah
s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
‘Ketahuilah
kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah
keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan
tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’
Berdasarkan
hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati,
kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka
baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya
dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan
jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan
hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa
diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala
anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering
melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam
pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa.
Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui
firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang berbunyi:
“Di
hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak
melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh
keikhlasan) kerana Allah semata-mata.”
Hati
yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang
maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau
yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada
Allah dengan sabdanya:
‘Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’
Walaupun
Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya
suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya.
Dengan
demikian hati yang suci bersih dari sebar ang kekejian itu ialah hati yang
bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad, dengki,
dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang sesuatu yang
tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya.
Seandainya
tidak ada perkara perkara yang tersebut di atas, sudah tentu hati itu akan
sentiasa kasih kepada Allah dengan melakulcan perkara perkara yang diredai oleh
Allah dengan rasa ikhlas. Rakan dan taulan juga menyenanginya dalam pergaulan
dan Allah sentiasa mengasihinya.
Situasi
ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan peranan penting
ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan akidah seseorang yang
beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
‘Tidak
tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’
Bagi
menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan segala amalan
anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana kejujuran amalan itu tidak
wujud melainkan terletak pada hati yang ikhlas.
Tetap Pendirian
Istilah
tetap pendirian boleh diertikan dengan jati diri dan dalam bahasa Arab disebut
istiqaah qulub seperti mana tersebut dalam hadis di atas. Bagi seseorang yang
tetap pendiriannya, ia tidak mudah dipengaruhi olch mana mana unsur yang tidak
baik atau hasutan jahat yang boleh membawa kemusnahan diri. Apabila disentuh
soal keimanan pula, seseorang yang tetap pendirian itu disebut sebagai kuat
iman atau warak, iaitu hatinya sentiasa merasa ingat dan patuh kepada suruhan
dan perintah Allah dan sentiasa melakukan sesuatu ke arah yang diredai oleh
Allah sepanjang hayatnya secara baik dan sabar. Sebab itulah sekiranya Allah
mahu hambanya baik, maka diperelokkan isi hatinya dengan mengenali Allah dan
sifatnya serta memahami segala ilmu agama dan hikmah keagungan ilmu itu
sendiri. Manakala jiwanya merasai betapa nikmatnya memahami sesuatu bidang ilmu
dengan mendalam dan baik dengan merasai kemanisan ilmu seperti mana ia merasai
kemanisan iman. Pepatah Arab ada menyatakan:
‘Kemanisan
ilmu bila dikuasai oleh orang yang ada kemanisan iman bagaikan kemanisan tamar
yang terhidang di hadapan orang yang sedang berbuka puasa.’
Pepatah
ini menggambarkan perwatakan orang yang beriman dan berilmu apabila disertai
dengan kesabaran terasa senang dan tenang serta sejuk setiap mata yang
memandang.
Itulah
peranan hati dalam kehidupan. Hati dapat mencorak kewibawaan seseorang melalui
gerak geri dan perilaku yang disenangi dalam pergaulan harian sama ada di
tempat kerja seperti majikan dengan pekerjanya atau sebaliknya ataupun di mana
sahaja atau sesiapa yang berdamping dengannya. Sesiapa juga yang ada kaitan
dalam melaksanakan sesuatu perbincangan dan tunjuk ajar darinya sering kali
tidak mudah melatah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Inilah sikap orang yang
tetap pendirian dengan erti kata jati diri yang berlandaskan iman, ilmu, dan
akal yang mantap yang dapat merealisasikan keadaan pergaulan yang sempurna dan
tenang. Sebaliknya orang yang mati hati itu tidak mahu mengambil berat soal
tuntutan yang disyariatkan oleh Allah dan tidak mahu memahami adab di dalam
pergaulan atau hubungan sesama manusia sama ada soal memberi salam atau
menerima salam orang lain tidak disampaikan kepada penerima. Begitu juga soal
keizinan untuk memasuki ke dalam rumah orang lain, jauh sekali hendak
menghormati hak sesama manusia atau berterima kasih kepada orang yang memberi
pertolongan kepadanya. Secara tidak langsung balasan buruk baik selepas mati
tidak sekali-kali dihiraukan, jauh sekali hendak memikir kebesaran Allah dan
keagungan maha pencipta. (Imam Falkhhruddin Al-Razi Al-Shafie 1990, 52-53)
Sebab
itu Allah menggambarkan kedudukan mereka dalam al Quran seperti binatang
ternakan dalam firman-Nya dalam surah al A'raf, ayat 179:
“Mereka
itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat dari itu.”
Itulah
gambaran orang yang mati hati tidak dapat memahami apa maksud segala kejadian
Allah, maka ia tidak mampu menghasilkan segala kelebihan yang Allah anugerahkan
kepadanya. Akhirnya mereka lengah dan tidak mengambil berat akan segala suruhan
Allah. Hidup mereka dalam kejahilan yang mati dari kesedaran akidah yang
menjadi asas kepada agama Islam, sedangkan ia mengaku dirinya adalah Islam.
Golongan inilah yang digambarkan hidup mereka sebagai kubur kepada nyawa dan
roh mereka sendiri seperti mana yang digambarkan oleh penyair di dalam syairnya
dibawah ini.
‘Dalam
kejahilan sebelum mati ia merupakan mati kepada si jahil dan jasad mereka sebelum
berkubur telah terkubur. Roh mereka telah bersangkar dalam kekejian jasad yang
jahil maka bagi mereka tiada harapan sebelum jasad mereka hancur mereka telah
hancur.’
Maksud
jahil di sini ialah mati hati dan rohani, iaitu jahil untuk mengenali Allah dan
segala ilmu yang disyariatkan kepada hambanya untuk mendalami dan beramal
dengannya semasa roh dikandung jasad. Kerana ilmu itu dari Allah khusus untuk
hamba Nya yang beriman dan ilmu Allah itu merupakan cahaya yang dapat
menghidupkan hati dari segala kejahilan. Seandainya seseorang hamba itu
menjauhkan diri dari ilmu Allah maka hatinya terus mati, ibarat tanah tanpa
hujan tiada tumbuh tumbuhan yang menghiasi di permukaannya. (Ibnu Qaim
Al-Juziah 691-751H. 273-276 ms.)
Lantaran
itulah Lukmanulhakim telah menasihati anaknya dengan katanya:
‘Wahai
anakku, dudukiah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama mereka dengan
penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala isi hati
hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur bumi dengan
titisan hujan’.
Demikian
juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: "Tuntut olehmu akan ilmu
sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut kepada-Nya.
Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih, membincangnya
pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui
adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan
pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu
soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api
neraka".
Oleh
itu, sentiasalah dekati dengan ilmu kerana ia menyegarkan hati dan rohani yang
telah terkulai layu. Sekiranya kita patuhi segala kehendak ilmu pengetahuan
yang kita ketahui ia akan menerangi jalan kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana
ilmu satu satunya yang dapat menjinakkan jiwa yang liar serta menghidupkan hati
yang mati. Dengan demikian hati yang mati ini tiada yang dapat menghidupkannya
melainkan ilmu dan iman serta keikhlasan beribadat kepada Allah sahaja. Yang
dimaksudkan dengan menghidupkan hati dengan ilmu ialah dengan sentiasa
berzikir, istighfar, selawat ke atas Rasulullah, memaafkan kesalahan orang
lain, ikhlas, murah hati dan jauh daripada maksiat. Dengan demikian bolehlah dikatakan
hati yang hidup.
Kita
boleh mengenali hati yang hidup ini kerana ia mempunyai ciri-ciri tertentu,
iaitu menunjukkan sikap berhemah tinggi serta sifat-sifat seperti pemaaf,
pemurah, tidak meninggi diri atau menunjuk nunjuk, tidak sombong dan tidak
mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Di samping
itu, apabila dilihat kepadanya, maka akan nampaklah ciri-ciri keimanan seperti
khusyuk, lemah lembut, sabar mendengar dan menerima pendapat orang lain dan
tidak mementingkan diri sendiri serta bersimpati dengan orang yang kurang
bernasib baik dan bersifat tolong menolong, dan bertimbang rasa. Inilah
gambaran orang yang hatinya tidak mati.
Manakala
hati yang mati amat ditakuti oleh setiap insan yang beriman. Bagi orang yang
beriman, mereka tidak takut mati apabila sampai ajalnya kerana bekalan sudah
sempurna, tetapi yang amat ditakuti ialah sekiranya mati hati. Ini kerana mati
hati menjadikanjasad hidup dalam keadaan hina disebabkan nafsu tidak
berpandukan akal. Ketika itu kedudukan jasad tidak berguna lagi sama ada di
sisi Allah atau pada pandangan masyarakat. Oleh yang demikian, hati yang mati
adalah pembunuh jiwa yang sihat, manakala jiwa yang sihat berpunca dari hati
yang hidup bernafaskan iman. Lantaran itu hati memainkan peranan yang sangat
penting ke arah jiwa yang baik dan tenang serta sanggup memikul segala cabaran
yang mendatang, ibarat bunga yang segar mengeluarkan keharuman yang menyegar
setiap individu dan masyarakat yang mendampinginya. Sebaliknya hati yang mati
tiada keharuman jiwa, ibarat bunga yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang
tidak menyenangkan orang lain. Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak
hertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik. (Abi Hamid Muhammad M
Gazali, 1989. 149)
Kewajipan Menjaga Hati Dan Cara Mengubatinya
Menurut
Imarn Al-Ghazali, kewajipan ke atas manusia yang waras ialah menjaga dan
memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan sangkaan buruk
kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajipan inilah yang dituntut
oleh syariat kepada semua mukalaf supaya menjaga hati mereka untuk menjadi
insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat. Hati merupakan anggota yang
paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati yang sakit dan mati, maka ia
akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap permasalahan yang sukar untuk
diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al-Ghazali menggariskan beberapa asas
sebagai panduan menjaga dan mengubati hati.
Asas
pertama: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:
“Allah
mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi
di dada setiap hamba.”
Dalil
di atas dapat difahamkan jika seseorang berhasrat atau terlintas di hatinya
hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlah bahawa
Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya melalui
dalil al-Quran yang terdapat dalam surah al Maidah, ayat 7:
“Sesungguhnya
Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hambanya.”
Berdasarkan
ayat di atas, Allah memperkuatkan lagi keyakinan hamba-Nya dengan firman-Nya
dalam surah al-Ahzab, ayat 51:
“Dan
Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.”
Lantaran
itu beberapa kali Allah menyebut dalam al Quran dengan kalimah “Amat mengetahui
segala isi hati hamba-Nya” dengan tujuan supaya setiap hamba mengetahui segala
ilmu Allah dan taat kepadaNya bagi mengingati dan berhati-hati supaya tidak
dilakukan perbuatan yang dilarang secara sengaja atausebaliknya.
Allah
memberikan peringatan itu kerana manusia sering melakukan perbuatan yang
dilarang oleh Allah dengan mengikut hawa nafsu dan kehendak hati yang amat
sukar untuk dihindarkan sedangkan Allah amat mengetahui zahir dan batin juga
segala niat isi hati yang mengatur segala perilaku hambanya. Berdasarkan
demikian Imam Al-Ghazali telah memberi satu pesanan dengan katanya: "Lihat
olehmu akan apa yang kamu mengetahui dari segala hatimu". Maksudnya
renunglah segala apa yang mendatangkan kebaikan dari segala kerja hati yang terdiri
dari keinginan hati, cita cita, hasrat dan tujuan. Sekiranya baik teruskanlah,
andai sebaliknya hentikan dengan segera.
Asas
kedua: Sabda Rasulullah s.a.w.
‘Sesungguhnya
Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu,
dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu
yang berlandaskan keikhlasan hati.’
Di
sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama yang
difokuskan olch Allah swt untuk diberi ganjaran. Tetapi alangkah pelik dan
hairan sekali manusia melakukan sesuatu sering kali terlupa kepada Allah tetapi
yang diingat ialah untuk mendapat pujian dan sanjungan serta penghormatan
sesama manusia. Inilah yang menjadi ukuran dalarn pengorbanan seharian tanpa
keikhlasan yang sebenar. (Imam Abi Abdul Rahman Al-Sulma. 330 412H, ms 10)
Asas
ketiga: Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota anggota lain
adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah pendiriannya serta
eloklah perilaku anggota anggota lain yang sernuanya mengikut kehendak hati.
Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang berbunyi:
‘Sesungguhnya
di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah
keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya,
adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.’
Berdasarkan
ayat ayat di atas dan juga hadis menunjukkan hati mcrupakan anggota yang.
paling berharga, tempat simpanan segala kemuliaan seorang hamba, asas segala
amalan lahir dan batin. Hati adalah ketua segala anggota yang merupakan panduan
kepada rohani dan jiwa setiap insan. Demikianlah peranan hati sangat besar
tanggunjawabnya ke arah mengendalikan nilaian diri, manakala kejahilan pula
mematikan hati dan rohani sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka burni.
Jasadnya merupakan kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat
dielakkan sekiranya kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang,
disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah ini dapat menjadi permangkin keimanan dan
penawar. Untuk menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah rnelakukan
ibadat dan beralakhlak mulia sesama manusia.
0 komentar: